Sunday, January 30, 2011

Berpengakap Menjana Kreatifviti

 


Menyertai Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Cawangan Sabah pada 29 Januari 2011 semasa Makan Malam ahli persaudaraan bertempat di Berjaya Palace Hotel. Idea yang mula tercetus ini pada tahun 1992 semasa Jambori ke 8 Malaysia di Tambunan.Saudara Ahmed Tariq Datuk Aripen adalah inidividu yang amat berjasa melahirkan PPRMCS serta menjayakan makan malam PPRMCS yang pertama.Tak cukup meja di luar jangkaan kerana cinta masih terhadap Pengakap amat tinggi, biarpun tidak seaktif dahulu, namun masih mahu ambil berat.



 Menerima Anugerah Lencana Pengakap Diraja daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Almarhum Tun Said Keruak pada Mac 1988. Anugerah ini merupkaan sasaran penyertaan para remaja yang menyertai Pertubuhan Pengakap sedunia untuk diperolehi. Peluang sekali dalam seumur hidup melangkah ke Istana negeri sambil menerima anugerah daripada Ketua Pemerintahan Negeri iaitu Tuan Yang Terutama wakil kepada Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda.


Keratan Akhbar Sabah Times 1 April 1988. Daripada puluhan ribu pengakap ketika itu hanya 13 orang pengakap yang berjaya menerima anugerah ini daripada Tuan Yang Terutama Almarhum Tun Said 

No comments:

Post a Comment