Sunday, January 23, 2011

Perekacipta Suatu Keajaiban

TIGA KUASA  paling Besar yang dimiliki oleh setiap perekacipta.
1. Menghalang Sains Dan Teknologi Berkembang Di Dunia
2. Melembabkan Peningkatan Ekonomi Negara
3. Melambatkan Usaha Kerajaan Membasmi Kemiskinan

MENGAPA?????

1. Tiap Suatu rekacipta yang direka oleh perekacipta berguna untuk masyarakat di dunia. Tapi sekiranya rekacipta itu tidak dapat diketahui oleh umum dan tidak diguna oleh masyarakat maka kesan sains dan teknologi berkembang makin terhalang. Ini adalah kerana rekacipta tersebut akan melahirkan REKACIPTA yang lain. Contohnya andaikata Thomas Alva Edison tidak mencipta dan menemui kuasa Elektrik maka sudah semestinya tiada tercipta mentol lampu.

2. Setiap kilang yang ada hari ini tidak akan ujud  tanpa rekacipta dan perekacipta. Rekacipta yang dicipta oleh rakyat Malaysia akan  menarik pelabur asing membuat pelaburan di Malaysia. Rekacipta yang sudah dikilangkan di Malaysia akan pula dijual ke negara asing. Ekonomi Negara akan meningkat melalui urusniaga luar negara ini.

3. Setiap kilang yang wujud perlukan pekerja.Peluang pekerjaan baru akan muncul.Bila ada peluang pekerjaan baru maka pembasmian kemisikinan akan cepat tercapai.

No comments:

Post a Comment