ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 14A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
YANG MELANGGAR
UNDANG-UNDANG NEGARA
KERATAN AKHBAR 10 FEBUARI 2011
New Sabah Times
Artikel ini siaran Media Massa akhbar The News Sabah Times keluaran 10 Febuari 2011 berkenaan Pasukan Pembangunan Rekacipta ILP Kota Kinabalu Sabah. Tuan Pengarah En. Mustal Makmud selaku Pengasas serta Pencipta pasukan ini terdiri daripada semua pensyarah ILP. Pasukan ini akan berkerjasama dengan saya untuk membangunkan rekacipta serta melahirkan perekacipta samada kakitangan ataupun pelatih ILP.
KERATAN AKHBAR 22 MEI 2012
Utusan Borneo
Pihak Yayasan Inovasi Malaysia mengiktiraf 5 inovasi dari Sabah dan salah satunya adalah Rekacipta peribadi manakala satu lagi rekacipta kerjasama dengan ILP Kota Kinabalu.
KERATAN AKHBAR 2 DISEMBER 2012
Utusan Malaysia
KERATAN AKHBAR 28 JANUARI 2011
The New Sabah Times
Artikel ini siaran media massa Akhbar The New Sabah Times adalah berkenaan rekacpita saya iaitu Smart Handphone Dialer Box System. Alat ini berfungsi untuk memberi amaran kepada pemilik kenderaan melalui telefon bimbit sekiranya kenderaan pemilik diceroboh.Alat ini dijangka berada di pasaran pada tahun 2013. Idea rekacipta ini sudah disiapkan semenjak tahun 1996 lagi namun tidak dipaten kerana masalah kewangan. Sokongan padu dari bekas Majikan saya iaitu SB Resort Sdn. Bhd. amat saya hargai kerana memberi ruang masa untuk saya . Penyelia dan "Guru" saya Encik Terrence Hon you always the best and may god bless you all the time.
KERATAN AKHBAR 24 JANUARI 2011
The New Sabah Times
Artikel ini berkenaan rekacipta saya yang tersiar pada akhbar The New Sabah Times.Rekacipta ini adalah berkenaan Oil Fat Trap And Filter yang berfungsi memerangkap minyak dan lemak dari paip singki untuk menghindarkan masalah paip tersumbat.Rekacipta ini sebenarnya telah ujud pada tahun 1995 lagi semasa saya menjadi mekanik.Semasa bekerja di SB Resort Sdn. Bhd., barulah saya menyedari alat ciptaan saya dulu amat perlu digunakan.Dipaten pada 17 Januari 2011 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.NS marketing telah menaja yuran paten rekacipta ini.
KERATAN AKHBAR 17 JANUARI 2011
The New Sabah Times
The New Sabah Times
ILP Kota Kinabalu yang berminat dalam bidang Rekacipta memberi sokongan moral agar saya terus menjalankan akitiviti inovasi.
KERATAN AKHBAR 7 JANUARI 2011
The New Sabah Times
Rekacipta kedua dan merupakan Rekacipta yang pertama sekali dipaten.Yuran Paten telah ditaja oleh YB Datuk Hajah Jainab Adun Karambunai
KERATAN AKHBAR 1994
Kiri - Akhbar Daily Express
Kanan - Akhbar Berita Harian
Kanan - Akhbar Berita Harian