Sunday, January 23, 2011

Hidup Saya Sebagai Perekacipta

Perekacipta yang tulen sebenarnya tidak mengejar Wang,Nama dan Kemasyhuran. Yang penting rekacipta mereka boleh diguna oleh masyarakat.Alexander Graham Bell tidak menggunakan namanya untuk ciptaannya iaitu telefon. Beliau boleh menamakan alat tersebut AG Bell. Bakat merekacipta bukan suatu buatan tetapi anugerah Tuhan yang perlu dimanafaatkan. Kuatnya perasaan ingin tahu dalam tiap perkara, tiap alat yang berfungsi, cara tiap alat digunakan serta menyelesaikan masalah sesuatu perkara amat tinggi. Ianya tidak perlu motivasi dari pihak lain kerana motivasi itu wujud dalam diri perekacipta untuk memuaskan perasaan ingin tahu dan keputusan punca suatu experimen itu berjaya atau gagal. Kegagalan suatu experimen makin meningkatkan motivasi untuk mencapai kejayaan ke experimen yang lain. Thomas Alva Edison pernah ditanya oleh wartawan mampukah beliau mencipta bekalan elektrik sedangkan telah gagal lebih kurang 1500 experimen. dengan nada selamba beliau menjawab saya sebenarnya telah menemui 1500 punca bekalan elektrik tidak dapat dicipta. Saya juga begitu semasa merekacipta Handphone Dialer Box. Alat ini berfungsi untuk menelefon pemilik kenderaan atau rumah sedang dicuri atau diceroboh. Ada setengah rekacipta Saya telah saya gambarkan semasa saya berumur 10 tahun lagi. Alat Magic Genset iaitu janakuasa elektrik tanpa menggunakan enjin,angin,air atau cahaya  yang pada bulan januari 2011 saya siapkan  sebenarnya sudah berjaya semasa experimen saya pada tahun 2003 lagi.Gambaran ciptaan ini saya simpan dalam diri semenjak kecil lagi. Alat HDB yang telah saya paten juga telah saya buat gambaran semasa berumur 26 tahun.baru kini dapat saya jadikan ianya suatu produk yang berguna.Pada tahun 1996 itulah masanya saya kali pertama saya memliki telefon bimbit dan saya telahpun mendapat ilham untuk merekacipta HDB. Ada setengah rekacipta saya sudah lama saya gambarkan ciptaan tersebut. Tetapi memandangkan pada masa lalu belum ada rekacipta lain untuk bahan rekacipta saya maka saya terpaksa menangguhkan ciptaan saya disamping halangan kewangan.Setelah dihitung gambaran rekacipta saya semenjak dari kecil hingga  pada 24 Januari 2011 semua idea rekacipta saya telah mencecah 52 alat. Ada yang sudah dipaten,dilukis, siap ujian, berjaya dalam experimen dan ada juga masih dalam proses logikal sistem.

MENGAPA TERLEWAT??
Mungkin memang masalah kewangan adalah suatu penghalang setiap perekacipta. Apabila saya menemui pegawai di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, ramai perekacipta tidak dapat meneruskan rekacipta mereka kerana kewangan menyebabkan rekacipta mereka tidak sampai di pasaran. Rezeki Kami Yang TUHAN berikan adalah ilham, mampu berfikir kreatif secara semulajadi dan motivasi yang kuat untuk mengatasi kegagalan tiap experimen. Andaikata pembaca menemui insan yang kreatif maka bantu mereka untuk meneruskan bakat yang ada ini.

KESILAPAN SAYA PALING BESAR!!!!
Saya pernah menyangka apa yang saya fikir atau idea saya juga akan orang lain terfikir sama. Rekacipta saya yang telah dipaten iaitu Perangkap Minyak dan Lemak sebenarnya telah saya cipta pada tahun 1996. Pada tahun 2011 barulah saya sedari bahawa rekacipta saya ini tidak pernah dicipta oleh orang lain. bayangkan andaikata ciptaan saya ini sudah berada di pasaran semenjak 1996 lagi  sudah pasti tidak ada parit tercemar kerana minyak dan tidak ada paip saliran singki akan tersumbat oleh lemak buangan masakan.

No comments:

Post a Comment