Alat ini direkacipta pada tahun 1994.Ianya merupakan alat tambahan keselamatan untuk kereta dimana alat
ini mengunci brek tangan, gear dan menutup radio.Alat ini tidak di pasarkan dan hanya satu unit saja wujud
di dunia ini.
2. DCSTP
Drain Cleaner Shaft Trap Puller adalah alat yang telah dipaten pada 5 Januari 2011.Alat ini digunakan untuk
menarik keluar suatu alat pembersih paip pembentungan apabila alat ini terlepas ikatan skrunya. Dicipta
semasa alat pembersih ini terlepas semasa membuat kerja-kerja pembersihan paip pembentungan oleh
kakitangan syarikat SB Resort sdn. Bhd. Alat ini telah menyelamatkan perbelanjaan besar membaiki
kerosakan paip tersumbat disebabkan saf alat pembersih tertinggal dalam paip pembentungan. Yuran Paten
Telah ditaja oleh YB Datuk Hajah Jainab Adun Karambunai. Alat ini dijangka akan masuk dalam pasaran
pada Mac 2011.
3. OFTAF
Oil Fat Trap And Filter adalah alat yang memerangkap minyak serta lemak dan menjernihkan air yang
mengalir dalam paip sinki. Ianya mampu menyelesaikan masalah paip tersumbat pada paip terutama
sekali lemak buangan masakan. Telah dipaten 17 Januari 2011.Yuran paten telah ditaja oleh MS
Marketing. Alat ini dijangka akan masuk dalam pasaran pada Mac 2011.
4. DOT
Drain Oil Trap merupakan alat perangkap minyak pada parit. Dipaten pada 17 januari 2011. Sama seperti
OFTAF namun ianya dipasang pada parit untuk memerangkap minyak samada parit bengkel automotif
atau kilang serta menjernihkan air agar parit besar tidak tercemar oleh minyak. Alat ini dijangka akan
masuk dalam pasaran pada Mac 2011.
5. SHDBS
Smart Handphone Dailer Box System adalah merupakan gabungan tiga rekacipta untuk berfungsi. Ianyaadalah Alat pemberitahu kepada pemilik kenderaan atau rumah bahawa harta pemilik telah diceroboh
melalui telefon bimbit pemilik harta.Pemilik boleh menghidupkan siren rumah atau siren kedua yang
dipasang pada kenderaan mereka.Yuran paten telah ditaja oleh MS Marketing dan Dijangka akan berada
dalam pasaran pada Mac 2011 dengan harga Bawah RM300.
Salam Tuan,
ReplyDeleteAdakah tuan menyediakan bahan bacaan seperti user manual atau technical specs bagi alat DOT atau pun sebarang perangkap minyak yang telah ada di pasaran? Saya bertugas sebagai penguatkuasa di Jabatan Alam Sekitar yang sering membuat pemeriksaan di bengkel2 automotif. Bahan bacaan sebegini sangat berguna sebagai panduan untuk saya menjalankan tugas.
Salam dan selamat berpuasa Tuan,
ReplyDeleteMohon maaf kerana baru terbaca soalan Tuan.Saya amat sibuk hingga terlupa untuk meninjau blog saya.Untuk makluman tuan alat DOT telahpun saya paten dan kini masih dalam proses untuk pengeluaran. Saya amat berminat untuk berkerjasama dengan Jabatan Tuan untuk mempertingkatkan lagi rekacipta saya ini.DOT dan OFTAF hampir sama bahkan berdasarkan kajian saya OFTAF amat berkesan. Saya akan cuba sediakan bahan bacaan yang Tuan minta.