Sunday, January 30, 2011

Koleksi Gambar Berpengakap dan sejarah Ringkas Pengakap Negeri Sabah

 Saya mula menyertai Persatuan pengakap semasa berumur 10 tahun di sekolah rendah Sacred Heart. Meneruskan penyertaan hingga ke sekolah menengah All Saints. Hingga tahun 1988 maka saya akhirnya menerima Anugerah Pengakap Raja. Besar kemungkinan saya merupakan anak berasal dari daerah Beaufort yang pertama menerima anugerah ini serta anak berketurunan murut pertama. melalui blog ini saya sertakan khazanah Pengakap di Sabah serta kenangan terindah semasa berpengakap di S.M. All Saints dahulu atau 1st Jesellton . 








Gambar Persatuan Pengakap  SM All saints atau 1st KK
pada tahun 1984

Ahli Patrol Merpati menyertai perkhemahan tahun 1984
Kali pertama menyertai perkhemahan Daerah pada tahun 1984
bertempat di SM All saints dan St. Agnes

Membuat gajet dengan bantuan jurukamera saudara
Sharif Biok. Al maklum kami belum terer buat gajet masa tu. 

Berbaris masa perasmian.Berpanas geng aku.

Bergambar dengan abang dari seluruh sabah.
Kelihatan saudara Sufian, Sham, Joneh dan Alexander

AJK aktiviti perkhemahan ahli tahun 1985..Kami guna tempat aktiviti
perkhemahan daerah 1984. hanya 2 saudara kami dalam gambar
di atas tidak mendapat anugerah Pengakap Raja.

Tahun 1986 masa kami menerima sijil penyertaan Jambori
Negara Brunei Darussalam. Datuk Awang Zainie Suntim
menyerahkan sijil manakala yang kami Sayangi Skiper
Philip Chin memegang sijil.

Ahli Persatuan Pengakap  S.M. All saints yang pertama
pada era tahun 1980 an mengambil ujian lencana Maju iaitu
ujian Ekspidisi 3 hari 2 malam.Tuan Haji Deraman Mamat
adalah Pemimpin pengakap kami yang paling disayangi.
.Tuan Haji Deraman Mamat.Ayah,Guru,Skipper dan
 Sahabat kami hingga akhir hayat. Biar berjauhan tak
hilang di ingatan,,tak bersemuka bukan bererti tak suka,
Tak berbicara tapi doa tetap bersama, Berikan kami
keampunan andai pernah Berdosa....

Bergambar semasa baru hendak mula ekspidisi tahun 1985.

Kertas soalan sudah dibuka.Semua mula tengok peta.

Masuk hutan masa ekspidisi.

Pulang dari Ekspidisi. Yang lain tidak kelihatan sebab
terbaring di lantai kantin sekolah.

Junior kami. Kini ada yang menjadi Usahawan,Peguam,
Pendidik,Kelasi dan kakitangan kerajaan.Kalau pembaca
adalah salah seorang dari dalam gambar ini sila hubungi
saya di Facebook.

No comments:

Post a Comment