Speed Climbing di Kompleks Sukan Likas. Cuma dapat 9 saat saja.
Sunday, January 30, 2011
Sukan kegemaran Saya
Sijil pengiktirafan Saya untuk menjadi Pembantu Jurulatih Sukan Mendaki |
Masih mendaki. Kini saya tak pernah bosan |
Pasukan Pertama ke Pertandingan Sukan Mendaki kebangsaan di Pulau Pinang. Tinggal 2 orang lagi yang masih terus berlatih dalam sukan mendaki. |
Pasukan ke 2 negeri Sabah menyertai kejohanan sukan Mendaki di Kuala Lumpur tahun 2002. |
Koleksi Gambar Berpengakap dan sejarah Ringkas Pengakap Negeri Sabah
Gambar Persatuan Pengakap SM All saints atau 1st KK pada tahun 1984 |
Ahli Patrol Merpati menyertai perkhemahan tahun 1984 |
Kali pertama menyertai perkhemahan Daerah pada tahun 1984 bertempat di SM All saints dan St. Agnes |
Membuat gajet dengan bantuan jurukamera saudara Sharif Biok. Al maklum kami belum terer buat gajet masa tu. |
Berbaris masa perasmian.Berpanas geng aku. |
Bergambar dengan abang dari seluruh sabah. Kelihatan saudara Sufian, Sham, Joneh dan Alexander |
AJK aktiviti perkhemahan ahli tahun 1985..Kami guna tempat aktiviti perkhemahan daerah 1984. hanya 2 saudara kami dalam gambar di atas tidak mendapat anugerah Pengakap Raja. |
Tahun 1986 masa kami menerima sijil penyertaan Jambori Negara Brunei Darussalam. Datuk Awang Zainie Suntim menyerahkan sijil manakala yang kami Sayangi Skiper Philip Chin memegang sijil. |
Bergambar semasa baru hendak mula ekspidisi tahun 1985. |
Kertas soalan sudah dibuka.Semua mula tengok peta. |
Masuk hutan masa ekspidisi. |
Pulang dari Ekspidisi. Yang lain tidak kelihatan sebab terbaring di lantai kantin sekolah. |
Junior kami. Kini ada yang menjadi Usahawan,Peguam, Pendidik,Kelasi dan kakitangan kerajaan.Kalau pembaca adalah salah seorang dari dalam gambar ini sila hubungi saya di Facebook. |
Berpengakap Menjana Kreatifviti
Menyertai Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia Cawangan Sabah pada 29 Januari 2011 semasa Makan Malam ahli persaudaraan bertempat di Berjaya Palace Hotel. Idea yang mula tercetus ini pada tahun 1992 semasa Jambori ke 8 Malaysia di Tambunan.Saudara Ahmed Tariq Datuk Aripen adalah inidividu yang amat berjasa melahirkan PPRMCS serta menjayakan makan malam PPRMCS yang pertama.Tak cukup meja di luar jangkaan kerana cinta masih terhadap Pengakap amat tinggi, biarpun tidak seaktif dahulu, namun masih mahu ambil berat.
Menerima Anugerah Lencana Pengakap Diraja daripada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Almarhum Tun Said Keruak pada Mac 1988. Anugerah ini merupkaan sasaran penyertaan para remaja yang menyertai Pertubuhan Pengakap sedunia untuk diperolehi. Peluang sekali dalam seumur hidup melangkah ke Istana negeri sambil menerima anugerah daripada Ketua Pemerintahan Negeri iaitu Tuan Yang Terutama wakil kepada Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda.
Keratan Akhbar Sabah Times 1 April 1988. Daripada puluhan ribu pengakap ketika itu hanya 13 orang pengakap yang berjaya menerima anugerah ini daripada Tuan Yang Terutama Almarhum Tun Said
Sunday, January 23, 2011
Apa Yang Telah Saya Cipta
1. Ers Lock
Alat ini direkacipta pada tahun 1994.Ianya merupakan alat tambahan keselamatan untuk kereta dimana alat
ini mengunci brek tangan, gear dan menutup radio.Alat ini tidak di pasarkan dan hanya satu unit saja wujud
di dunia ini.
2. DCSTP
Drain Cleaner Shaft Trap Puller adalah alat yang telah dipaten pada 5 Januari 2011.Alat ini digunakan untuk
menarik keluar suatu alat pembersih paip pembentungan apabila alat ini terlepas ikatan skrunya. Dicipta
semasa alat pembersih ini terlepas semasa membuat kerja-kerja pembersihan paip pembentungan oleh
kakitangan syarikat SB Resort sdn. Bhd. Alat ini telah menyelamatkan perbelanjaan besar membaiki
kerosakan paip tersumbat disebabkan saf alat pembersih tertinggal dalam paip pembentungan. Yuran Paten
Telah ditaja oleh YB Datuk Hajah Jainab Adun Karambunai. Alat ini dijangka akan masuk dalam pasaran
pada Mac 2011.
3. OFTAF
Oil Fat Trap And Filter adalah alat yang memerangkap minyak serta lemak dan menjernihkan air yang
mengalir dalam paip sinki. Ianya mampu menyelesaikan masalah paip tersumbat pada paip terutama
sekali lemak buangan masakan. Telah dipaten 17 Januari 2011.Yuran paten telah ditaja oleh MS
Marketing. Alat ini dijangka akan masuk dalam pasaran pada Mac 2011.
4. DOT
Drain Oil Trap merupakan alat perangkap minyak pada parit. Dipaten pada 17 januari 2011. Sama seperti
OFTAF namun ianya dipasang pada parit untuk memerangkap minyak samada parit bengkel automotif
atau kilang serta menjernihkan air agar parit besar tidak tercemar oleh minyak. Alat ini dijangka akan
masuk dalam pasaran pada Mac 2011.
adalah Alat pemberitahu kepada pemilik kenderaan atau rumah bahawa harta pemilik telah diceroboh
melalui telefon bimbit pemilik harta.Pemilik boleh menghidupkan siren rumah atau siren kedua yang
dipasang pada kenderaan mereka.Yuran paten telah ditaja oleh MS Marketing dan Dijangka akan berada
dalam pasaran pada Mac 2011 dengan harga Bawah RM300.

5. SHDBS
Smart Handphone Dailer Box System adalah merupakan gabungan tiga rekacipta untuk berfungsi. Ianyaadalah Alat pemberitahu kepada pemilik kenderaan atau rumah bahawa harta pemilik telah diceroboh
melalui telefon bimbit pemilik harta.Pemilik boleh menghidupkan siren rumah atau siren kedua yang
dipasang pada kenderaan mereka.Yuran paten telah ditaja oleh MS Marketing dan Dijangka akan berada
dalam pasaran pada Mac 2011 dengan harga Bawah RM300.
Hidup Saya Sebagai Perekacipta
Perekacipta yang tulen sebenarnya tidak mengejar Wang,Nama dan Kemasyhuran. Yang penting rekacipta mereka boleh diguna oleh masyarakat.Alexander Graham Bell tidak menggunakan namanya untuk ciptaannya iaitu telefon. Beliau boleh menamakan alat tersebut AG Bell. Bakat merekacipta bukan suatu buatan tetapi anugerah Tuhan yang perlu dimanafaatkan. Kuatnya perasaan ingin tahu dalam tiap perkara, tiap alat yang berfungsi, cara tiap alat digunakan serta menyelesaikan masalah sesuatu perkara amat tinggi. Ianya tidak perlu motivasi dari pihak lain kerana motivasi itu wujud dalam diri perekacipta untuk memuaskan perasaan ingin tahu dan keputusan punca suatu experimen itu berjaya atau gagal. Kegagalan suatu experimen makin meningkatkan motivasi untuk mencapai kejayaan ke experimen yang lain. Thomas Alva Edison pernah ditanya oleh wartawan mampukah beliau mencipta bekalan elektrik sedangkan telah gagal lebih kurang 1500 experimen. dengan nada selamba beliau menjawab saya sebenarnya telah menemui 1500 punca bekalan elektrik tidak dapat dicipta. Saya juga begitu semasa merekacipta Handphone Dialer Box. Alat ini berfungsi untuk menelefon pemilik kenderaan atau rumah sedang dicuri atau diceroboh. Ada setengah rekacipta Saya telah saya gambarkan semasa saya berumur 10 tahun lagi. Alat Magic Genset iaitu janakuasa elektrik tanpa menggunakan enjin,angin,air atau cahaya yang pada bulan januari 2011 saya siapkan sebenarnya sudah berjaya semasa experimen saya pada tahun 2003 lagi.Gambaran ciptaan ini saya simpan dalam diri semenjak kecil lagi. Alat HDB yang telah saya paten juga telah saya buat gambaran semasa berumur 26 tahun.baru kini dapat saya jadikan ianya suatu produk yang berguna.Pada tahun 1996 itulah masanya saya kali pertama saya memliki telefon bimbit dan saya telahpun mendapat ilham untuk merekacipta HDB. Ada setengah rekacipta saya sudah lama saya gambarkan ciptaan tersebut. Tetapi memandangkan pada masa lalu belum ada rekacipta lain untuk bahan rekacipta saya maka saya terpaksa menangguhkan ciptaan saya disamping halangan kewangan.Setelah dihitung gambaran rekacipta saya semenjak dari kecil hingga pada 24 Januari 2011 semua idea rekacipta saya telah mencecah 52 alat. Ada yang sudah dipaten,dilukis, siap ujian, berjaya dalam experimen dan ada juga masih dalam proses logikal sistem.
MENGAPA TERLEWAT??
Mungkin memang masalah kewangan adalah suatu penghalang setiap perekacipta. Apabila saya menemui pegawai di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, ramai perekacipta tidak dapat meneruskan rekacipta mereka kerana kewangan menyebabkan rekacipta mereka tidak sampai di pasaran. Rezeki Kami Yang TUHAN berikan adalah ilham, mampu berfikir kreatif secara semulajadi dan motivasi yang kuat untuk mengatasi kegagalan tiap experimen. Andaikata pembaca menemui insan yang kreatif maka bantu mereka untuk meneruskan bakat yang ada ini.
KESILAPAN SAYA PALING BESAR!!!!
Saya pernah menyangka apa yang saya fikir atau idea saya juga akan orang lain terfikir sama. Rekacipta saya yang telah dipaten iaitu Perangkap Minyak dan Lemak sebenarnya telah saya cipta pada tahun 1996. Pada tahun 2011 barulah saya sedari bahawa rekacipta saya ini tidak pernah dicipta oleh orang lain. bayangkan andaikata ciptaan saya ini sudah berada di pasaran semenjak 1996 lagi sudah pasti tidak ada parit tercemar kerana minyak dan tidak ada paip saliran singki akan tersumbat oleh lemak buangan masakan.

Perekacipta Suatu Keajaiban
TIGA KUASA paling Besar yang dimiliki oleh setiap perekacipta.
1. Menghalang Sains Dan Teknologi Berkembang Di Dunia
2. Melembabkan Peningkatan Ekonomi Negara
3. Melambatkan Usaha Kerajaan Membasmi Kemiskinan
MENGAPA?????
1. Tiap Suatu rekacipta yang direka oleh perekacipta berguna untuk masyarakat di dunia. Tapi sekiranya rekacipta itu tidak dapat diketahui oleh umum dan tidak diguna oleh masyarakat maka kesan sains dan teknologi berkembang makin terhalang. Ini adalah kerana rekacipta tersebut akan melahirkan REKACIPTA yang lain. Contohnya andaikata Thomas Alva Edison tidak mencipta dan menemui kuasa Elektrik maka sudah semestinya tiada tercipta mentol lampu.
2. Setiap kilang yang ada hari ini tidak akan ujud tanpa rekacipta dan perekacipta. Rekacipta yang dicipta oleh rakyat Malaysia akan menarik pelabur asing membuat pelaburan di Malaysia. Rekacipta yang sudah dikilangkan di Malaysia akan pula dijual ke negara asing. Ekonomi Negara akan meningkat melalui urusniaga luar negara ini.
3. Setiap kilang yang wujud perlukan pekerja.Peluang pekerjaan baru akan muncul.Bila ada peluang pekerjaan baru maka pembasmian kemisikinan akan cepat tercapai.

Subscribe to:
Posts (Atom)